Peguam Syarie Untuk Perceraian Di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur Dan Selangor Di Malaysia
Firma Guaman Kami Mempunyai Peguam Syarie Untuk Perceraian Di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur Dan Selangor Di Malaysia. Perkhidmatan Perceraian Yang Ditawarkan Oleh Peguam Syarie Kami:
Perceraian Bagi Orang Beragama Islam Di Malaysia
- Persetujuan bersama (Seorang suami atau isteri membuat permohonan persetujuan untuk bercerai kepada Mahkamah Syariah dengan mengisi borang-borang tertentu dan pihak pihak hendaklah dengan sukarela dan rela hati untuk bercerai secara damai.)
- Perceraian Fasakh (Pembatalan atau pembubaran perkahwinan antara suami isteri melalui perintah Mahkamah. Seseorang isteri boleh membuat permohonan cerai fasakh dengan alasan kepada Mahkamah.)
- Perceraian Ta’liq / Taklik (Lafaz cerai yang dikaitkan dengan suatu janji yang telah dibuat oleh suami selepas akad nikah disempurnakan. Secara lazimnya, taklik tersebut menyebut antara lain, sekiranya suami meninggalkan isteri lebih daripada 6 bulan tanpa memberi nafkah zahir atau batin secukupnya atau sekiranya suami memukul atau mendera isteri atau mendatangkan mudarat kepada isterinya)
- Perceraian Khulu’ (tebus talak) (Perceraian tebus talak atau khuluk ialah suatu perceraian yang diminta oleh isteri daripada suaminya dengan memberi wang atau harta benda lain kepada suaminya dan Mahkamah Syariah mempunyai budi bicara penuh di dalam situasi berkenaan walaupun suami tidak bersetuju untuk bercerai di mana Mahkamah Syariah berpendapat bahawa suami dan isteri tidak dapat hidup dengan damai.)
- Perceraian kerana pertukaran agama (Pertukaran agama oleh salah satu pasangan perkahwinan akan menjadikan perkahwinannya menjadi bubar atas pengesahan Mahkamah.)
Tuntutan Berkaitan Anak
Tuntuan Selepas Perceraian
Tuntutan Harta Sepencarian
Hak-Hak Suami Dan Isteri Yang Boleh Dituntut Di Mahkamah Syariah
Konsultasi Berkenaan Dengan Perkahwinan Dan Perceraian Bagi Orang Beragama Islam Di Malaysia
Dapatkan Konsultasi Secara Percuma Dan Sebut Harga Daripada Peguam Syarie Kami Sekarang
Artikel-Artikel Berkenaan Dengan Perceraian Bagi Orang Yang Beragama Islam Di Malaysia: